webmistress stuff my heart home follow me

disclaimer
hi peeps!

Messeji


RULES AND REGULATION !
No harsh words !
I hate fanwar -_______________-


Gracias
Template :
Miichiko
Icons : Pixel-diary
Editing : Zati


Berubah(?)
16 July 2014 | 1 comments
Hi

Macam malas nak menulis tp terasa ada benda tersekat didada, rasa yang macam wajib perlu aku luahkan agar lena lelap aku malam ni. *ada gaya puitiskah?* 

Mungkin rasa rendah diri dalam diri aku makin membara hari kehari. Rendah diri teramat. Mungkin orang yang tak pernah rasa mungkin bakal mencebik bibir menjuih mulut mengata aku tapi itulah yang aku rasa bila pandang sekeliling. Orang sekeliling mula berubah sedang aku masih terkapai disini entah bila nampak jalan kebenaran.

Paling aku sentap wa terasa bila two of my ex schoolmates masa menengah rendah dulu dah berubah 360 degree yes aku tak tipu 360 degree betul. Dulu mereka ni blablabla tak perlu la aku cerita selanjutnya cukuplah sekadar aku kata mereka sentiasa menjadi bahan bualan warga sekolah, bahan umpatan semua rakyat jelata cukuplah sekadar itu.

Tapi itu kisah dahulu bukan lagi kisah hari ini ibarat kata orang kisah lama usah dikenang tinggalah dalam lipatan sejarah. Itu dulu kini Allah sebak menusuk ke jantung. Aku dapat tau pasal perubahan diorang masa aku balik cuti sem lepas.

First time hangout dengan Hajarul dating berdua singgah kedai umi lepak sana then tengah Hajarul seronok surf FB tetiba terpampanglah muka one of them (yang change tadi). Memula a lil bit suprised and confused sedikit sebab dah lama kau aku tak dengar ceghita pasal mereka-mereka ni. Then Hajarul mulalah story dekat aku yang dua orang ni start berubah after diorang masuk Form6. Okay maybe pengaruh persekitaran and aku tak expect berubah banyak maybe berubah perangai and pakaian sedikit.

Tapi kuasa Allah kita tak boleh lawan. First time aku terserempak dengan diorang masa aku keluar reramai dengan geng aku (masa tu second week after budak matrik habis kot). First time jumpa sumpah aku tak cam dia, dia yang tegur aku dulu tapi aku memang tersampuk dek hantu kot masa tu kelu lidah tak terkata. Ingatan aku bekerja keras sangat masa tu nak ingat balik siapa kawan aku yang pakai macam ni(bukan kutukan okeh). Sampai la aku tersedar kena siku dek kawan sebelah barulah aku pelan pelan senyum sekadar syarat just tanya ayat skema ikut piawaian "dari mana nak kemana?' Hidayah yang Dia bagi Alhamdulillah kawan tu sekarang ni bertudung litup labuh menutup aurat mengikut syariat, pakai jubah bukan jubah yang orang sekarang pakai ikut tubuh, tak jubah yang emmang patut nama dia jubah, siap berstoking dan lengan bersarung handsocks. Lepas dah undur diri tu barulah teman yang reramai dengan aku tadi ceghita balik bagitau aku tulah budak berdua. SubhanAllah Maha Suci Allah memang clash habisan dengan diorang dulu and memang patot aku tak cam.

Tapi ceritanya disini bukan pasal mereka mereka yang dah jauh berubah meninggalkan aku. Kenkadang aku terasa bila pandang orang sekeliling. Tapi itulah entah bila aku nak duduk terus dalam takuk lama. Okay fine lepas jumpa diorang mungkin hati aku ada tergugat sikit. Cemburu? Sapa tak cemburu tgk dia dah berubah jauh lebih baik dari aku tinggalkan aku.

Itu bukan persoalan yang buat aku terasa sungguh sungguh. Betul tak tipu. Haritu masa pergi melawat maktab kenkonon, first jumpa peluk cium gaya normal perempuan bilamana lama tk jumpa then ada guy join kitorg. The moment he said " wah tak berubah dari dulu sampai sekarang, perangai sama masih orang yang sama" aku sedikit terkedu. Mengeluh dalam diam.

Ya aku mengaku aku masih di takuk lama. MAsih lagi terkinja dengar lagu terhangguk hangguk kepala memekakkan telinga, masih lagi lalai menutup aurat yakni aurat di kaki (sedar ja kaki tu aurat tapi degil nokharom aku ni), masih lagi mulut meraban mencarut kenkadang, tangan masih lagi menyelusuri bnda tak berfaedah, mata masih pandang benda entah hape hape, sembahyang yang fardhu je takde yang sunat, AlQuran celam celup kenkadang baca kenkadang tak baca bilamana ada masa (qoi buat bnda lain banyak masa) tapi itulah aku. Masih lagi sia siakan diri masa yang ada.

Sekarang bila kat sini tengok roomate s aku yang berdua tiaphari memang wajib solat dhuha baca alQuran bukan bilamana sempat sedang aku? Masih lagi diam sendiri. Maybe orang kata dah kau tau semua tu apehal kau tak berubah gila? Entah la, aku cuba tapi benda dah jadi habit, dengan aku layan lagu tak berhenti benda lalai lagi haih entah la

Semua yang berlaku keliling aku memnag bagi kesan teramat dekat aku tapi aku ni memang malas menguasai diri untuk ambik pendekatan untuk berubah. Konon tunggu hidayah (blahlah kau)

Tapi sentap kecik hati terasa rendah diri semua tu memang ada dalam diri aku sejak sehari dua ni *dah berbulan sebenarnya kbai ini je ceghita aku harini. Semoga amalan semasa ramdhan berkekalan sampai bebila bukan sekadar amalan di bulan Ramdhan.

Wassalam

FUTURE
PAST